Untuk post pada kali ini, saya nak explain sedikit berkenaan 2 istilah asas dalam hartanah iaitu 'Landed' dan 'Strata'. Bagi yang dah tahu, boleh terus skip ke post2 saya yang lain ye...😄😄

Apa itu Landed?
Apa itu Strata?
Apa bezanya..?

dan...

Mana satu lagi Best?

Ok..

Jom sama2 kita hadam..

Landed
  • Landed bermaksud 'Atas Tanah' 
  • Rumah dibina sama ada 1, 2, 3 tingkat dan seterusnya.
  • Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut (geran individu).
  • Contoh rumah : Teres, Banglo, Semi-D
Strata
  • Strata bermaksud 'Level/Tingkat'
  • Rumah dibina bertingkat-tingkat di suatu kawasan tanah dan setiap tingkat terdapat beberapa unit rumah.
  • Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara perkongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut (strata title/geran strata).
  • Contoh rumah : Apartment, Flat
Mana satu lagi Best?

Sebenarnya jawapan untuk soalan ni agak subjektif dan ia bergantunglah kepada individu itu sendiri.. Lakukan sedikit research untuk ketahui kelebihan, kekurangan, nilai pasaran, potensi, lokasi dan lain2 supaya nanti boleh kenalpasti kekuatan & kekurangan yang ada pada jenis rumah yang ingin dipilih.

Nasihat saya, nak beli rumah, jangan fikir 'Mana satu lagi BEST' tapi fikir dulu kemampuan diri dan poket masing-masing. Fokus pada matlamat asal. Matlamat kena betul sama ada untuk duduk sendiri atau pelaburan. Paling penting, bulan2 anda mampu bayar dan anda tidak terbeban dengan keputusan yang anda buat.

Tepuk Dada, Tanya Poket.. 😎
KUALA LUMPUR: Penggunaan sistem data besar, sebagai pangkalan data komprehensif permintaan dan penawaran hartanah, dijangka dapat menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual di negara ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata ketika ini kekurangan data menyukarkan kerajaan untuk mengenal pasti kedudukan sebenar pasaran hartanah tempatan dan juga keperluan perumahan rakyat.
Justeru, dengan adanya sistem data besar, kementerian boleh mengumpul semua data dan melihat kedudukan sebenar pasaran semasa dan kemudian dapat membuat unjuran pembangunan hartanah pada masa depan, yang mana dapat memenuhi keperluan pasaran.
"Kami sedar terdapat kekurangan data besar. Kami rasa penting untuk mempunyai sistem data besar bagi membuat unjuran yang lebih baik dari segi jenis rumah, bentuk, harga dan lokasi.
"Dengan ketetapan data yang diperoleh, kita dapat menyelesaikan masalah unit hartanah tidak terjual," katanya dalam ucaptama di Persidangan Membina dan Pembiayaan Rumah Mampu Milik Merentasi Asia di sini, hari ini.
Persidangan selama dua hari itu dianjurkan secara bersama antara Cagamas Bhd dan Bank Dunia.
Sementara itu, Zuraida berkata, beberapa agensi asing berminat untuk menjadi pembiaya bagi Skim Sewa Milik (RTO).
Beliau berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan beberapa pihak dari China, Korea Selatan dan Asia Barat mengenai perkara itu.
Katanya, Skim RTO adalah antara langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan B40 di negara ini memiliki rumah, yang mana penyewa akan diberikan masa untuk merancang dan membeli rumah selepas lima tahun menyewa.
"Kami sedang berunding dengan pelabur asing untuk menjadi pembiaya (Skim RTO)," katanya.
Sumber: Berita Harian